Saturday, June 23, 2012

Kehidupan

Kadang hidupnya disinari cahaya kegembiraan.
Kadang hari nya dibanjiri dengan tangisan.
Kadang juga hidupnya sunyi sepi tanpa ada sesiapa disisi.

Hatinya terdetik,
"Pasti ada yang lebih hebat dugaannya dari aku"

Rasa iri pada sang arjuna dan sang bidadari yang hidupnya bahagia.
"Mungkin aku akan sebahagia seperti mereka satu masa nanti"

Apa mungkin rasa bahagia akan ada pada dirinya?
Apa mungkin akan merasa seperti mereka?

Soalan itu kerap bermain di lubuk hatinya yang sudah banyak kali dirobek, banyak kali dicela, acap kali ditikam dan sering dipermainkan.
 Apa mungkin?

Si hati semakin merudum perasaannya.
Bila timbul rasa bahagia.
Tak berapa lama, sakit pula datang menjengah.

Tatkala hati sudah jatuh hati. Jatuh sayang. Jatuh suka.
Saat itu juga perasaan itu dirobek sekali lagi.
Aduh. Sungguh dalam rasa sakit itu.

Apa yang si hati bole katakan?
Hanya perasaan sabar dan tahan tangisan,
yang mampu dibuat.

Sabarlah wahai hati.
Aku bersama kamu
ALLAH bersama kamu.
INSYAALLAH kamu akan bahagia bersama sang arjuna yang dicari.

Monday, June 4, 2012

Rumit

Mr Heartbreaker akan pulang dalam masa terdekat. Tapi, semakin dekat hari yg ditunggu, semakin kerap aku dan dia bergaduh. Sangat kerap. Dan apa yang aku tak faham. Dia semakin sensetif dan semakin syak tentang aku yang bukan-bukan. Semuanya buruk-buruk belaka. Aku paling tak suka bila aku dituduh buat benda yang sememang nya aku tak pernah buat. Dan aku semakin nampak yang hidup aku dikongkong dan dikawal oleh dia. Ouh tidak. Sekali lagi hidup aku akan dikongkong. Adeh.

Mr Prince. Aku bergaduh dengan dia. Urghhh. Aku tak suka bila situasi ini berlaku. Dan sehingga sekarang dia masih mendiamkan diri.

Mr Cookies. Akan bertunang pada 9 June 12. Perasaan aku? Urgh. Agak kesakitan. HAHA, tak perlu rasanya aku merasakan yang berlebihan. Kerana dia tak pernah pun bagi tahu apa perasaan dia pada aku. Mungkin hanya aku sahaja yang suka pada dia.


Kenapa mesti lelaki-lelaki yang aku sayang dan suka pada akhirnya akan menyakitkan hati aku? Kenapa? Kenapa.

Maybe i'm not so lucky in Love. Maybe. -____-

Wednesday, May 16, 2012

Pembohong

Selama hampir 3 tahun aku dengan MR SPT. Dan setelah hampir 6 bulan aku dan dia putus, aku baru tahu yang selama nie dia memang tak pernah jujur dengan aku. Selama hampir 3 tahun aku buta. YA ALLAH. Bila aku dapat tau, aku rasa sakit dia lebih sakit dari dia tinggalkan aku tanpa alasan. Astaghfirullah.

Mungkin dia bohong sebab nak jaga hati aku dulu. Ahhhh. BULSHIT! Aku tak percaya itu semua! Jaga hati?? Kalau benar dia nak menjaga hati, mungkin aku sudah dapat jawapan kenapa dia buat aku macam ni.

Sedih. Orang yang aku benar-benar sayang. Aku bagi apa yang termampu. Tapi kesudahannya, aku dapat tau aku ditipu. Sakit. Sangat beri tamparan untuk diri aku. Astaghfirullah. Semoga ALLAH mengampuni kau.


Sunday, May 13, 2012

Pusing Kepala

Hey My Blog. Sorry because make you feel lonely. =)

Lama sudah aku tak bukak ini blog. Lama jugak aku tak mencurahkan rasa hati aku kat sini. Lama juga aku simpan rasa aku.

Sekarang. Hidup makin payah. Mr Heartbreaker sudah jauh di mata. Selama hampir 3 bulan aku takkan jumpa dia. Ya. Sesekali memang aku rindu. Sangat. Pada senyuman. Pada lesung pipit di pipi. Pada gelak tawa. Pada gurau senda. Pada ungkapan 'sayang'. Aku rindu semua itu.

Bila bertanyakan soal kahwin padanya. Contoh 'Bila sayang nak kahwin dengan orang?' Jawapannya mudah. 'Nanti-nantilah kita cerita ya sayang?' Perasaan bercelaru seketika. Ya. Sangat celaru. Apa mungkin aku hanya singgahan saja. Bila dia gaduh dengan si isteri, aku yang dicari?

Apa mungkin aku akan bertahan dengan semua ini? Apa mungkin hati aku kuat untuk terima semua ini? Pada ketika ini. Aku sangat perlukan dia.


Itu soal MR Heartbreaker. Sekarang soal MR Prince. Aku semakin bingung dengan dia. Dia kawan aku. Aku sayang dia. Tapi.... Kenapa begitu susah untuk dia terima aku lebih dari sekarang? Mungkin aku perlu berhenti berharap. Berhenti dari bermimpi yang dia akan menjadi milik aku.


Soal MR SPT. Dia semakin hilang dari aku. Mungkin dia langsung dah tak fikir pasal aku pun. Mungkin sedikit pun sudah tak ada aku dalam hati dan pemikirannya. Begitu mudah dia lupakan aku. Sangat mudah dia membuang aku dari hidup dia. Sampai sekarang. Aku masih tak tau apa sebab dia tinggalkan aku begitu saja. Mungkin memang dari dulu dia tidak ikhlas untuk bersama aku. Mungkin nasib aku.



Dan sekarang. Seorang lagi muncul dalam hidup aku. Aku gelarkan dia MR Cookies. Jujur, aku memang suka dengan dia. Tapi, macam biasa, orang yang aku suka. Orang yang aku sayang. Pasti sudah jadi milik orang lain. Itu kenyataan yang aku perlu terima.

Segala apa yang aku lalui. Aku harap aku kuat. Kenapa aku perlu berdepan dengan lelaki lelaki yang sudah jadi hak orang. Dan kenapa aku kenal dengan lelaki-lelaki yang begitu ego untuk mengakui perasaan sendiri. Dan kenapa aku ditemukan dengan lelaki-lelaki yang sering buat hati aku patah dan luka berdarah. Kenapa?

Aku tahu aku kuat. Aku tahu aku boleh menghadapi semua dugaan perasaan yang sedang aku lalui. Mungkin ini sudah ditakdirkan oleh MAHA PENCIPTA untuk aku. Siapa aku untuk katakan tidak pada semua ini?

Mungkin apa yang aku hadapi sekarang kerana atas kesilapan aku sendiri. Aku semakin menjauh dengan PENCIPTA aku. Sudah berapa lama aku tidak bersujud mengadap dia. Mengadu pada dia. Menangis pada dia. Sudah berapa lama?? Aku rasa cukup lama aku tidak mengadap dia. Mungkin kerana itu hingga ke hari ini aku masih lagi merasa kosong. Sangat kosong. Aku sedar aku semakin jauh dengan DIA. Tapi aku masih lagi tak mahu buat apa yang patut aku buat.

Semoga aku tabah.


Tuesday, April 3, 2012

Sayang kat dia

Saya sayang awak. Sepanjang saya tak ada ni, awak jangan notty2 dengan orang lain pulak.


Ouh Mr Heartbreaker. Aku semakin sayang pada kau. Semakin susah aku cuba lari. Semakin dekat kau datang dan singgah di hati aku.

Terkadang, aku rasa cemburu pada 'akak' sebab dapat miliki kau sebagai pendamping hidupnya.

Sungguh aku sangat sayang pada kau. Senyum kau. Gurau kau.

Dan pada ketika ini, aku rindu bila kau sakitkan hati aku. :'(

Pulang cepat. Aku mahu dakap kau erat. Sungguh.


Tuesday, March 13, 2012

Perasaan yang semakin buntu

Mr SPT. Semakin aku cuba hilangkan ingatan aku padanya, semakin kuat rasa ingatan padanya datang. Kenapa? Kenapa susah sangat kau nak bagi aku penjelasan? Penjelasan yang aku rasa tak perlu panjang lebar. Hanya memberi jawapan kepada persoalan yang sangat mudah. Susah ke? Dan sekarang pihak keluarga mula bertanya. Apa yang aku boleh jawab? Kenapa bukan kau yang berikan jawapan kepada persoalan mereka? Keluarga kau. Bukan aku. So please. Stop being so selfish!

Mr Heartbreaker. Semakin hari semakin sayang. Dan semakin dekat. Tapi kau tetap hak orang. Kau tetap milik orang. Tapi aku sayang. =(

Mr Prince. Kau sudah makin dekat dengan future girlfriend kau. Aku hanya doakan yang terbaik. Aku happy melihat kau di samping dia. Sangat padan. =)

Perasan. Tolong jangan seksa hati aku lagi. Air mata. Tolong jangan pedihkan lagi kelopaknya.

Saturday, February 25, 2012

Not worth it

Keep thinking about you?
Not worth it at all.

Keep crying about you?
Not worth it at all.

Keep love some like you?
Not worth it at all.

But why i'm still like this?
Move on!
Don't being like a baby!
Stupid!

Tuesday, February 21, 2012

I'm In Love

Yes. I do.
I'm in love with you.
I'm in love with 'Married Man'
Full stop.

Saturday, February 11, 2012

Oh Mr Heartbreaker

' I do love u. And i miss u badly sayang'


Kau buat aku menangis wahai Mr Heartbreaker!
Sampai kapan aku terus bertahan.
Semakin aku cuba mengelak.
Semakin kuat rasa sayang aku pada kau.

Ajarkan aku untuk tidak berharap.
Biarkan aku jalan tanpa bantuan kau.

Aku semakin bingung dengan perasan sendiri.
GOD, I know you are alwayz by my side.

Tuesday, February 7, 2012

Bulan Baru

Sudah masuk bulan yang kedua.
Dan aku masih lagi berada di dalam kehidupan yang semakin rumit.

MR Heartbreaker.
Semakin susah untuk aku lari daripada dia.
Kerna dia banyak menolong aku dari pelbagai sudut.
Alangkah bagusnya kalau dia bukan milik orang.

MR Putera.
Harapan aku bersama dia seolah semakin tipis.
Namun masih terngiang ayatnya di BBM.
"Sama-samalah berdoa. Mana tahu jadi"
Alhamdulillah kalau kenyataannya seperti yang aku impikan.
Kalau tidak?
Aku hanya akan tersenyum jika dia disamping orang lain.

MR SPT.
Insan yang semakin jauh dari aku.
Mungkin semakin jauh.
Dan aku tidak lagi mampu selamatkan nya.
Dan mungkin dia sekarang sudah ada yang punya.
Aku?
Hanya mampu menangis mengenang dia bersama orang lain.
Ya! Memang aku masih sayanglan dia!
Mungkin memang dia bukan jodoh aku.

Semakin rumit.
Semakit perit.
Semakin sakit.
Semakin berbelit.

Tuhan. Aku hanya ada kau kini.
Aku berserah jodoh ku hanya padaMU.
=(


Thursday, January 26, 2012

Kehidupan Semakin Rumit

Mr SPT yang sudah kembali seperti sedia kala. Dan buat seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Aku? Masih belum faham apa sebab dia diam kan diri dulu.

Mr F or Mr Heartbreaker, yang sememang nya selalu pandai memujuk pabila sudah atau sedang menyakiti hati aku. Sememangnya hubungan terlarang ini semakin dalam rasa kasih dan sayangnya. Walau aku tahu bagaimana peritnya rasa bila ada hubungan dengan orang semacam ini.

Mr Prince pula semakin rapat dan bibit-bibit rindu dan sayang mula terbit. Kalau diberi pilihan, aku mahu dia menjadi pendamping aku hingga ke akhirnya. Tapi siapa aku untuk harapkan dia. Seorang cowok idaman cewek dan juga para ibu. Cukup segalanya. Cukup solatnya. Cukup budi pekertinya. Cukup kepandaian dalam mengambil hati orang tua atau budak kecik. Tapi siapa aku? Layak kah aku?

Walaupun kehidupan semakin rumit.Aku tempuh dengan rasa sakit dan hati terbuka. Semoga 1 masa aku akan dapat cari jawapannya dan aku dapat keluar dari rasa dan perasaan ini.

Senyum saja.


Saturday, January 21, 2012

Heart Breaker 5

"Bila sayang rasa sakit hati kat abang, itu maknanya abang tengah rindu kat sayang. Sebab tak dapat jumpa, abang akan buat sayang sakit hati."


Macam tu plak? Ya ALLAH. Macam mana aku nak lari dari dia ni??

Aku sayang kau. Tapi.....


Friday, January 20, 2012

MR Prince

Aku rindu kau usap kepala aku.
Aku rindu kau pujuk aku.
Aku rindu dengar suara kau.
Aku rindu gelak tawa kau.
Aku rindu tepuk tampar kau.
Aku rindu makian kau.

Jom Dating dengan aku!
:p

Saturday, January 14, 2012

Heart Breaker 4

"Sayang. Abang akan cuba sayang awak lebih dari MR SPT sayangkan awak. Abang janji"


Kalau itu benar, kalau itu kenyataan. Apa yang mampu aku buat? MR SPT  masih lagi ada dalam hati. Walau bukan sekuat dulu masa mula-mula dia tinggalkan aku. Tapi aku tetap jugak ada secebis rasa kasih dan sayang pada nya. Namun dengan kenyataan yang kau buat pada aku wahai MR F, apa mungkin aku akan jadi suri hidup kau 1 masa nanti??

Yang pasti, hidup aku akan jadi macam dulu.




Wednesday, January 11, 2012

Heart Breaker 3

"Sayang. Apa pun yang jadi, abang tetap sayang kat sayang. Sampai bila-bila"


Kenapa kata-kata semanis itu yang kau bagi pada aku? Walau aku tahu 1 masa aku akan tetap ditinggal dan disia-sia. Aku sayang. Tapi kau hak milik orang dan sudah cop di kepala "MARRIED".


Kenapa perlu ada rasa cemburu bila kau bercerita tentang si isteri? Kenapa perlu ada rasa marah bila kau berdamping dengan orang lain?

Tolong jauhkan rasa ini dari hati aku. Aku tak nak hadap nya lagi. Sumpah aku penat. Sumpah aku sakit. Untuk kau hilang, pasti hati aku akan berpecah lagi. :(

GOD, Please make my heart strong enough.

Tuesday, January 3, 2012

Tahun Selanjutnya

Salam tahun baru.
Impian dan harapan di ukir sekali lagi.
Di atas kanvas yang putih. Tanpa sebarang dakwat yang menconteng.
Penuh harapan.
Dan dengan terbit nya tahun baru ini.
Semua nya akan jadi seperti kehidupan yang baru.

Impian.
Aku sendiri mahu jadi yang terbaik.
Walau bukan sebaik mana.
Tapi cukuplah lebih baik dari tahu sebelum.

Harapan.
Semoga kehidupan lebih teratur.
Dengan kenangan MR SPT.
Dengan tunjuk ajar MR F.
Dengan rasa bahagia di sisi Mr Prince.


Tahun baru.
Aku harapkan lebih dari kau.
Dan padaMU YA ALLAH.
Aku mohon restu dariMU.
Agar dipermudahkan segalanya untuk aku.
Amin.