Friday, November 25, 2011

Rindu

Dikala aku keseorangan.
Aku rindu mata itu.

Disaat aku sunyi.
Aku rindu gelak tawa itu.

Di waktu aku sedih.
Aku rindu pujukan itu.

Awak. Awak memang tak rindu saya dah ke?
Awak betul dah lupa saya?
Awak betul dah benci saya?

Sekuat mana aku cuba.
Sehebat mana aku sembunyi.
Perasaan rindu dan sayang semakin kuat.

Awak. Betul memang tak ada ruang untuk saya?
Awak. Memang awak betul dah tak nak saya?
Awak. Betul ke apa yang saya rasa ni?

Aku tetap rindu kamu.
Saat ini, rindu itu terlalu kuat.
Saat ini, aku menanggung rasa rindu yang amat.







Saturday, November 12, 2011

Berganti Hati

"Dia kata dia malas nak layan la. Dia dengan family dia sekarang"

Hati bagai luluh.
Rasa nak pecah.
Bagai di cucuk dengan pisau.
Biarkan aku mati saja.
Mungkin kau akan puas.

"Dia sayang awak. Cuma bagi dia masa nak lupa masa-masa lepas"

Kalau sememangnya kau tak mahu aku.
Teruskan. Tapi aku perlu pengakuan dari diri kau.
Tak perlu kau kata kau masih sayang.
Sedangkan di hati kau sebenarnya tidak.
Sampai bila kau nak seksa aku?
Sampai bila kau nak hukum aku?
Dengan mendiamkan diri yang sangat menyakitkan aku.

Sayang. Aku takut.
Jika banyak masa yang kau ambil untuk tenangkan diri.
Aku takut saat kau sudah kembali sedia kala.
Hati aku.
Rasa aku.
Sayang aku.
Sudah berkurangan.
Jangan biarkan itu berlaku sayang.

Bagai hati yang pecah seperti kaca.
Bagai luka yang ditaburi garam.
Bisanya yang sangat mencengkam.

Kenapa sayang?
Kenapa begitu hebat kau menghukum aku??
Cukuplah sayang.
Hati dan perasaan aku sudah tak tertanggung lagi.



Kali ini memang terlalu hebat kau buat aku Mr SPT!





Monday, November 7, 2011

Kenyataan

Kenyataan yang harus aku terima.
Tiada lagi kata-kata I LOVE U.
Tiada lagi ucapan RINDU.
Tiada lagi senyuman diberikan.
Tiada lagi gurau senda yang dulu.
Dan yang pasti tiada lagi susah dan senang bersama.

Egonya kau diam membisu.
Keras nya hati kau tak pedulikan aku.
Tegar nya rasa kau tak berikan apa-apa jawapan pada aku.

Kerana takut dek di bahan kawan-kawan.
Kerana takut di jadikan bahan lawak..
Kau sanggup diamkan diri.
Kau sanggup buat aku begini.
Membisu.

Sungguh aku tak sangka.
Kali ini memang benar-benar terjadi.
Sekelip mata kau hilang dari mataku.
Tidakkah ada sedikit pun kenangan kita yang singgah difikiran??
Menutupi segala kata-kata yang bakal dijadikan bahan oleh kawan-kawan kau?

Aku harus terima kenyataan itu.
Yang kau bukan lagi milik aku.
Cuma..... Aku mengharapkan ianya berakhir dengan baik.
Bukan seperti ini.

Ya ALLAH.
Sungguh aku sangat sayang pada nya.
Apakah aku tidak lagi di hatinya?
Apakah aku terus hilang dari pandangan matanya?

Memang aku yang bersalah.
Tapi terlalu besarkah salah aku sampai begini akhirnya?

Kala ini, kalaulah kau membaca apa yang ada di hati aku.
Pasti kau tidak percaya.

Aku rindu.
Pada senyuman kau.
Pada ketawa kau.
Pada gurauan kau.
Pada suara kau.
Pada wajah kau.
Pada sifat manja kau.
Pada pegangan tangan kau.
Pada pelukan kau.
Pada ciuman yang singgah di pipi.
Sumpah aku rindu.

Kalau benar memang bukan jodoh.
Aku terima.
Aku harus terima.

Aku masih lagi meletakkan harapan.
:(