Selama hampir 3 tahun aku dengan MR SPT. Dan setelah hampir 6 bulan aku dan dia putus, aku baru tahu yang selama nie dia memang tak pernah jujur dengan aku. Selama hampir 3 tahun aku buta. YA ALLAH. Bila aku dapat tau, aku rasa sakit dia lebih sakit dari dia tinggalkan aku tanpa alasan. Astaghfirullah.
Mungkin dia bohong sebab nak jaga hati aku dulu. Ahhhh. BULSHIT! Aku tak percaya itu semua! Jaga hati?? Kalau benar dia nak menjaga hati, mungkin aku sudah dapat jawapan kenapa dia buat aku macam ni.
Sedih. Orang yang aku benar-benar sayang. Aku bagi apa yang termampu. Tapi kesudahannya, aku dapat tau aku ditipu. Sakit. Sangat beri tamparan untuk diri aku. Astaghfirullah. Semoga ALLAH mengampuni kau.
Wednesday, May 16, 2012
Sunday, May 13, 2012
Pusing Kepala
Hey My Blog. Sorry because make you feel lonely. =)
Lama sudah aku tak bukak ini blog. Lama jugak aku tak mencurahkan rasa hati aku kat sini. Lama juga aku simpan rasa aku.
Sekarang. Hidup makin payah. Mr Heartbreaker sudah jauh di mata. Selama hampir 3 bulan aku takkan jumpa dia. Ya. Sesekali memang aku rindu. Sangat. Pada senyuman. Pada lesung pipit di pipi. Pada gelak tawa. Pada gurau senda. Pada ungkapan 'sayang'. Aku rindu semua itu.
Bila bertanyakan soal kahwin padanya. Contoh 'Bila sayang nak kahwin dengan orang?' Jawapannya mudah. 'Nanti-nantilah kita cerita ya sayang?' Perasaan bercelaru seketika. Ya. Sangat celaru. Apa mungkin aku hanya singgahan saja. Bila dia gaduh dengan si isteri, aku yang dicari?
Apa mungkin aku akan bertahan dengan semua ini? Apa mungkin hati aku kuat untuk terima semua ini? Pada ketika ini. Aku sangat perlukan dia.
Itu soal MR Heartbreaker. Sekarang soal MR Prince. Aku semakin bingung dengan dia. Dia kawan aku. Aku sayang dia. Tapi.... Kenapa begitu susah untuk dia terima aku lebih dari sekarang? Mungkin aku perlu berhenti berharap. Berhenti dari bermimpi yang dia akan menjadi milik aku.
Soal MR SPT. Dia semakin hilang dari aku. Mungkin dia langsung dah tak fikir pasal aku pun. Mungkin sedikit pun sudah tak ada aku dalam hati dan pemikirannya. Begitu mudah dia lupakan aku. Sangat mudah dia membuang aku dari hidup dia. Sampai sekarang. Aku masih tak tau apa sebab dia tinggalkan aku begitu saja. Mungkin memang dari dulu dia tidak ikhlas untuk bersama aku. Mungkin nasib aku.
Dan sekarang. Seorang lagi muncul dalam hidup aku. Aku gelarkan dia MR Cookies. Jujur, aku memang suka dengan dia. Tapi, macam biasa, orang yang aku suka. Orang yang aku sayang. Pasti sudah jadi milik orang lain. Itu kenyataan yang aku perlu terima.
Segala apa yang aku lalui. Aku harap aku kuat. Kenapa aku perlu berdepan dengan lelaki lelaki yang sudah jadi hak orang. Dan kenapa aku kenal dengan lelaki-lelaki yang begitu ego untuk mengakui perasaan sendiri. Dan kenapa aku ditemukan dengan lelaki-lelaki yang sering buat hati aku patah dan luka berdarah. Kenapa?
Aku tahu aku kuat. Aku tahu aku boleh menghadapi semua dugaan perasaan yang sedang aku lalui. Mungkin ini sudah ditakdirkan oleh MAHA PENCIPTA untuk aku. Siapa aku untuk katakan tidak pada semua ini?
Mungkin apa yang aku hadapi sekarang kerana atas kesilapan aku sendiri. Aku semakin menjauh dengan PENCIPTA aku. Sudah berapa lama aku tidak bersujud mengadap dia. Mengadu pada dia. Menangis pada dia. Sudah berapa lama?? Aku rasa cukup lama aku tidak mengadap dia. Mungkin kerana itu hingga ke hari ini aku masih lagi merasa kosong. Sangat kosong. Aku sedar aku semakin jauh dengan DIA. Tapi aku masih lagi tak mahu buat apa yang patut aku buat.
Semoga aku tabah.

Subscribe to:
Posts (Atom)