Tuesday, October 25, 2011

Mr Prince

Berjalan seiring.
Bertepuk tampar.
Bergurau senda.
Bergelak tawa.

Terima kasih sahabat.
Hadir kau dalam hidup aku memang beri impak yang besar.

Percaya tak?
Aku tak pernah punya sahabat seperti kau.
Yang selalu buli aku.
Yang selalu ambil berat pasal aku.
Yang selalu marah aku.
Yang selalu pujuk aku.
Yang selalu risaukan aku.
Yang selalu nasihat aku.

Aku sangat bersyukur.
Dapat sahabat seperti kau.
Sumpah.
Kau sahabat terbaik yang pernah aku ada.

Sambil aku berjalan di sisi kau.
Kau usap kepala aku.
Lalu kau mengungkapkan kata-kata yang buat aku terkedu.
Kenapalah kau tak kenal aku 6 tahun yang lepas?

Aku tersenyum pahit.
Apa mungkin kalau aku kenal kau 6 tahun lepas, aku masih merasa sakit seperti sekarang?

Sahabat.
Aku harap kau memang sentiasa di sisi aku.
Aku sayang kau.

Benar kata kau.
Tuhan takdirkan kau untuk aku.
Untuk bagi aku semangat.
Untuk bagi aku nasihat.
Untuk bagi aku gelak tawa.
Aku sangat bersyukur.
Terima kasih.


;-)


Thursday, October 20, 2011

Putus

Kata putus sudah aku ungkapkan.
Ya. Salah aku. Kerana tergopoh gapah membuat keputusan.
Kerana cemburu yang meluap-luap.
Tapi apakah salah aku jugak bila kau menipu?

Hari ini, genap 2 minggu.
Tanpa dengar suara di pagi hari.
Tanpa melihat senyum yang terukir.
Tanpa gelak tawanya.
Tanpa gurau sendanya.

Aku rindu.
I love u sayang.
I love u so much.
I miss u.
Selama 2 minggu aku tidak mendengar ungkapan itu.
Sumpah. Aku rindu kau.

Kau dapat rasa tak?
Kau dapat rasa tak sebelum aku tidur aku panggil nama kau?
Kau dapat rasa tak bila aku terjaga dari tidur aku sebut nama kau?
Kau dapat rasa tak bila aku menangis, aku panggil kau?
Betapa rindu nya aku pada kau.

Sekejap saja.
Takkan kau boleh berubah macam tu saja.
Hanya kerana kesilapan yang memang aku selalu buat.
Hampir 3 tahun kau dan aku.
Takkan kau masih tak faham aku?
Gurau aku?
Serius aku?
Mungkin kali ini kau memang betul serius mahu tinggalkan aku.
Kan sayang?

Aku rindu.
Aku sayang.
Tetap masih sama.
Apa mungkin kau masih ada untuk aku?
Tolong kembali pada saya Mr SPT!
:(


Sunday, October 9, 2011

Rasa Hati

Aku tak tahu.
Betul atau salah.
Benda salah, aku tetap buat.
Benda betul, liat aku nak buat.

Hati. Aku tak tahu apa yang dia mahu.
Perasaan. Aku tak tahu apa yang diperlukan.

Perhatian.
Cuma itu yang aku perlukan.

Sayang.
Hanya itu yang aku harapkan.

Cinta.
Hanya itu yang aku mahukan.

Tolong.
Perhatikan aku.
Sayangi aku.
Cintai aku.
Seperti aku begitu sama kamu.

Heyy. Aku da cakap aku nak break off dengan Mr SPT
;-(










Friday, October 7, 2011

3 Benda

Dari mana aku harus mulakan?
Apakah dimulakan tentang Mr SPT?
Atau mungkin dimula tentang  Mr Prince yang selalu sentiasa disisi?
Atau aku mulakan sahaja dengan Mr F yang semakin rapat dengan aku?

Heyy.. Apakah hidup aku akan kembali macam dulu?
Cinta pada si Mr SPT.
Sayang pada Mr Prince.
Atau Suka pada Mr. F yang tak mungkin jadi milik aku?

Apakah? Kenapa?
Kenapa aku perlu jebakkan diri dalam kancah seperti ini?
Cukup lah dulu.

Tapi... HATI dan PERASAAN tak boleh dipaksa.
Perasaan datang tanpa diminta.
Perasaan datang tanpa disuruh.
Tolong tunjukkan aku.

Aku CINTA Mr SPT.
Aku SAYANG Mr Prince.
Aku SUKA Mr F.

Sila la buat hidup complicated.
HAHHAHHAHA