Tuesday, December 27, 2011

Udang Sebalik Batu

Even saya bukan GF, kita still boleh kawan kan?

Kenapa cakap macam tu? Mestila boleh.



Rupanya ada sebab kau cakap macam tu. Tiada kata-kata maaf. Tiada kata-kata sebab dan punca kau diam. Tak ada apa-apa. Kau just bagi tahu aku.

Nak buat loan kat awak boleh? Bulan ni banyak pakai duit. 


Aik? Kenapa? Aku fikir, kau reply msg aku sebab kau dah bersedia nak bercerita. Tapi....
Hurm. Entah lah. Akan aku fikirkan. Samada kau akan aku pinjamkan duit atau tidak.

Kau tahu tak aku rindu? Tapi kau buat macam tak ada apa-apa plak. Terima kasih MR SPT!

Sunday, December 25, 2011

Hati

Bicara soal hati.

Hati aku kalau bisa dilihat.
Pasti compang - camping sana sini.

Hati aku kalau bisa dirobek.
Aku mahu campakkan ke dalam jurang yang dalam.
Supaya aku tidak bisa lagi merasa sakitnya bila dikecewakan.

Hati aku kalau bisa dibuang rasa.
Aku mahu jadi orang yang tak punya perasaan.

Tapi aku sedar.
Dengan adanya hati, aku boleh merasa cinta.
Dengan adanya hati, aku bisa rasa gembira.
Dengan adanya hati, aku akan rasa bahagia.

Aku juga tahu.
Dengan adanya hati, pasti aku sakit.
Dengan adanya hati, pasti aku kecewa.
Dengan adanya hati, pasti aku akan sedih.

Namun. Untuk apa ALLAH berikan manusia hati?
Untuk apa?
Supaya manusia sedar.
Yang langit itu tak selalu cerah.
Yang roda itu selalu berputar.
Dan sentiasa ingat.
Tidak ada manusia yang sempurna.
Hanya tahu rasa bahagia saja.

Redha itu lebih baik.
InsyaALLAH.
Hati kamu akan lebih tenang.



Thursday, December 22, 2011

RINDU

Walau hampir 3 bulan kau diam. Kau senyap. Kau bisu. Kau tuli. Kau buat aku tunggu. Kau buat aku pikir pasal kau. Kau buat aku nak maki-maki kau sebab kau jahat dengan aku. Tapi di sudut hati kecik aku nie, aku RINDU kau. Rindu sangat.

Aku rindu kau pegang tangan aku. Aku rindu kau cium tangan aku. Aku rindu kau peluk aku erat-erat. Aku rindu kau kucup dahi aku. Aku rindu kata sayang dari kau. Aku rindu kata rindu dari kau.

Aku rindu bau kau. Ya. Aku rindu bau kau yang buat aku addict nak dekat dengan kau. Sampaikan baju kau yang masih ada pada aku, aku bawak tidur. Aku peluk. Mesti orang cakap aku gila. Gila sebab tidur sambil peluk baju kau.

Aku rindu nak bertekak dengan kau. Aku rindu nak pukul kau. Aku rindu nak tumbuk kau. Dan yang paling aku rindu. Bila aku ingat aku gigit kau. Kau tahan marah sebab kau sayang aku. Kau tahan sakit sebab nak amik hati aku. Kau cool je bila aku gigit, even aku tau kau sakit.

Mr. SPT. Rindunya aku pada kau! 

Kau tau? Aku masih berharap. Walau aku tau kau tak mungkin balik pada aku.

Aku ingat kata-kata kau. Saya dah fikir habis-habis dah nak kahwin dengan awak secepat mungkin. 
:'(

Satu masa, pasti aku akan jumpa kau untuk yang kali terakhir. Tunggu ya. Pasti aku akan jumpa kau nanti. :)


Tuesday, December 20, 2011

Hearbreaker 2

Dulu masa mula-mula abang jumpa sayang. Abang rasa tak ada apa pun yang special pasal sayang. Sampai la Mr A cakap, antara ramai-ramai staff. Sayang je la yang boleh diharap. Sayang je la yang boleh dikira up-to-date. Sejak tu, abang cuba cari apa yg special kat sayang. Abang memang langsung tak ada hati nak kenal or flirty pada sayang. Sampai la sayang break off with Mr SPT. Sejak tu abang cuba carik.


And lama-lama. Abang mula nampak sayang. Abang mula ada rasa minat kat sayang. Abang cuba mula rapat dengan sayang. And abang rasa, sayang ada something aura yang buat abang nak dekat dengan sayang. Tapi.. Apa yang abang boleh cakap, abang suka sayang, abang ada hati kat sayang bukan sebab luaran sayang. Tapi apa yang ada pada dalaman sayang. Itu yang buat abang minat and suka kat awak. :)


Owh ya? Tapi kau tetap SUAMI orang dan kau tetap milik orang lain. Sejauh mana aku cuba, rasa sayang aku pada kau... ADA. Sebab sedikit sebanyak, kau punca hidup aku agak membangun sikit. HAHAHAH. Aku harap aku tidak akan terjebak terlalu jauh

Kalau ditanya tentang rasa sayang. YA. AKU SAYANG KAU.


Noktah.



Saturday, December 17, 2011

Heartbreaker

Sayang. Abang dengan wife abang nie. Nak tengok wayang. Citer MI. Awak jangan tengok dengan orang lain ek? Tengok ngan abang nanti. Takpe abang bole tengok 2 kali. Oke sayang?

Ya. Itu kenyataan. Kenapa aku mesti berdepan situasi nie? Apa mungkin sebab aku putus cinta? Atau aku masih tak dapat jawapan dari Mr. Prince tentang perasaannya pada aku? Itu sebab aku boleh terjebak dengan suami orang??

SEBAK. Itu perasaan aku.
Terima kasih.


Tuesday, December 13, 2011

Kau

Wa suka usap kepala orang yang wa sayang.
Itu beza setiap orang.
Kalo wa usap, tu memang wa da rasa rapat la......

Kau tahu?
Air mata aku jatuh bila kau cakap mcm tu.
Aku dah jadi salah seorang yang kau sayang.
Aku bangga aku menjadi salah seorang yang kau sayang.
Walau bukan sebagai kekasih.
Walau hanya sekadar sahabat.
Aku sangat bersyukur.

Tahu kenapa?
Sekurang-kurangnya.
Aku tahu ada lagi orang yang sayangkan aku.
;-)

Terima kasih.
Kau memang benar-benar Mr. Prince aku.


Sunday, December 11, 2011

Peminjam Bahu

Lu buat apa ni de???
Wa tengah peluk teddy bear wa.
Orang tengok laaaaaaa de....!!

Wa da dapat peluk teddy bear wa..
Cepat. Wa bg 5 seconds untuk lu tido atas bahu wa.
Cepatlaa.. Ke nak wa tarik lu??

Hurm.. Kau tahu tak yang aku senang bila kau disebelah aku.
Aku rasa selesa bila kau peluk aku.
Aku rasa tenang bila kepala aku di atas bahu kau.
Aku rasa sayu bila kau sapu air mata yang mengalir dipipi aku.
Aku sangat suka bila kau usap kepala aku.
Kau buat aku rasa macam budak kecik
:)


Lu kenapa sebenarnya?
Kenapa jadik macam nie?
De... Lu muda lagi kott..
Kenapa lu biarkan air mata lu jatuh?
Tak berbaloi dee..
Pasti nanti ade lelaki yang nak...

Macam mana aku bila kau tak ada nanti?
Siapa yang nak sapu air mata aku lagi?
Siapa yang nak pinjam kan bahu lagi?
Siapa yang nak cubit pipi aku lagi?
Siapa yang nak peluk aku lagi?
Dan siapa yang nak usap kepala aku lagi?

Sudah laaa.
Jangan nangis dahh.
Mana tahu.
Sayang seorang kawan akan jadi lebih dari kawan?
Siapa tahu?

Kalau kau nak tahu....
Aku lah perempuan yang paling bertuah kalau kau jadi milik aku.
Tapi aku takut wahai sahabat.
Aku takut kalau kita takkan ada peluang macam nie lagi nanti.
Sungguh! Aku sangat sayang kau.
Kau kena ingat tu.
Aku sayang sangat-sangat.

Terima kasih sebab pernah ada dalam hidup aku.
Terima kasih sebab kau ada bila aku perlu.
Terima kasih sebab kau ada bila aku senang.
Terima kasih sebab kau ada bila aku menangis.
Aku sayang kau Mr Prince.
:-(



Friday, November 25, 2011

Rindu

Dikala aku keseorangan.
Aku rindu mata itu.

Disaat aku sunyi.
Aku rindu gelak tawa itu.

Di waktu aku sedih.
Aku rindu pujukan itu.

Awak. Awak memang tak rindu saya dah ke?
Awak betul dah lupa saya?
Awak betul dah benci saya?

Sekuat mana aku cuba.
Sehebat mana aku sembunyi.
Perasaan rindu dan sayang semakin kuat.

Awak. Betul memang tak ada ruang untuk saya?
Awak. Memang awak betul dah tak nak saya?
Awak. Betul ke apa yang saya rasa ni?

Aku tetap rindu kamu.
Saat ini, rindu itu terlalu kuat.
Saat ini, aku menanggung rasa rindu yang amat.







Saturday, November 12, 2011

Berganti Hati

"Dia kata dia malas nak layan la. Dia dengan family dia sekarang"

Hati bagai luluh.
Rasa nak pecah.
Bagai di cucuk dengan pisau.
Biarkan aku mati saja.
Mungkin kau akan puas.

"Dia sayang awak. Cuma bagi dia masa nak lupa masa-masa lepas"

Kalau sememangnya kau tak mahu aku.
Teruskan. Tapi aku perlu pengakuan dari diri kau.
Tak perlu kau kata kau masih sayang.
Sedangkan di hati kau sebenarnya tidak.
Sampai bila kau nak seksa aku?
Sampai bila kau nak hukum aku?
Dengan mendiamkan diri yang sangat menyakitkan aku.

Sayang. Aku takut.
Jika banyak masa yang kau ambil untuk tenangkan diri.
Aku takut saat kau sudah kembali sedia kala.
Hati aku.
Rasa aku.
Sayang aku.
Sudah berkurangan.
Jangan biarkan itu berlaku sayang.

Bagai hati yang pecah seperti kaca.
Bagai luka yang ditaburi garam.
Bisanya yang sangat mencengkam.

Kenapa sayang?
Kenapa begitu hebat kau menghukum aku??
Cukuplah sayang.
Hati dan perasaan aku sudah tak tertanggung lagi.



Kali ini memang terlalu hebat kau buat aku Mr SPT!





Monday, November 7, 2011

Kenyataan

Kenyataan yang harus aku terima.
Tiada lagi kata-kata I LOVE U.
Tiada lagi ucapan RINDU.
Tiada lagi senyuman diberikan.
Tiada lagi gurau senda yang dulu.
Dan yang pasti tiada lagi susah dan senang bersama.

Egonya kau diam membisu.
Keras nya hati kau tak pedulikan aku.
Tegar nya rasa kau tak berikan apa-apa jawapan pada aku.

Kerana takut dek di bahan kawan-kawan.
Kerana takut di jadikan bahan lawak..
Kau sanggup diamkan diri.
Kau sanggup buat aku begini.
Membisu.

Sungguh aku tak sangka.
Kali ini memang benar-benar terjadi.
Sekelip mata kau hilang dari mataku.
Tidakkah ada sedikit pun kenangan kita yang singgah difikiran??
Menutupi segala kata-kata yang bakal dijadikan bahan oleh kawan-kawan kau?

Aku harus terima kenyataan itu.
Yang kau bukan lagi milik aku.
Cuma..... Aku mengharapkan ianya berakhir dengan baik.
Bukan seperti ini.

Ya ALLAH.
Sungguh aku sangat sayang pada nya.
Apakah aku tidak lagi di hatinya?
Apakah aku terus hilang dari pandangan matanya?

Memang aku yang bersalah.
Tapi terlalu besarkah salah aku sampai begini akhirnya?

Kala ini, kalaulah kau membaca apa yang ada di hati aku.
Pasti kau tidak percaya.

Aku rindu.
Pada senyuman kau.
Pada ketawa kau.
Pada gurauan kau.
Pada suara kau.
Pada wajah kau.
Pada sifat manja kau.
Pada pegangan tangan kau.
Pada pelukan kau.
Pada ciuman yang singgah di pipi.
Sumpah aku rindu.

Kalau benar memang bukan jodoh.
Aku terima.
Aku harus terima.

Aku masih lagi meletakkan harapan.
:(





Tuesday, October 25, 2011

Mr Prince

Berjalan seiring.
Bertepuk tampar.
Bergurau senda.
Bergelak tawa.

Terima kasih sahabat.
Hadir kau dalam hidup aku memang beri impak yang besar.

Percaya tak?
Aku tak pernah punya sahabat seperti kau.
Yang selalu buli aku.
Yang selalu ambil berat pasal aku.
Yang selalu marah aku.
Yang selalu pujuk aku.
Yang selalu risaukan aku.
Yang selalu nasihat aku.

Aku sangat bersyukur.
Dapat sahabat seperti kau.
Sumpah.
Kau sahabat terbaik yang pernah aku ada.

Sambil aku berjalan di sisi kau.
Kau usap kepala aku.
Lalu kau mengungkapkan kata-kata yang buat aku terkedu.
Kenapalah kau tak kenal aku 6 tahun yang lepas?

Aku tersenyum pahit.
Apa mungkin kalau aku kenal kau 6 tahun lepas, aku masih merasa sakit seperti sekarang?

Sahabat.
Aku harap kau memang sentiasa di sisi aku.
Aku sayang kau.

Benar kata kau.
Tuhan takdirkan kau untuk aku.
Untuk bagi aku semangat.
Untuk bagi aku nasihat.
Untuk bagi aku gelak tawa.
Aku sangat bersyukur.
Terima kasih.


;-)


Thursday, October 20, 2011

Putus

Kata putus sudah aku ungkapkan.
Ya. Salah aku. Kerana tergopoh gapah membuat keputusan.
Kerana cemburu yang meluap-luap.
Tapi apakah salah aku jugak bila kau menipu?

Hari ini, genap 2 minggu.
Tanpa dengar suara di pagi hari.
Tanpa melihat senyum yang terukir.
Tanpa gelak tawanya.
Tanpa gurau sendanya.

Aku rindu.
I love u sayang.
I love u so much.
I miss u.
Selama 2 minggu aku tidak mendengar ungkapan itu.
Sumpah. Aku rindu kau.

Kau dapat rasa tak?
Kau dapat rasa tak sebelum aku tidur aku panggil nama kau?
Kau dapat rasa tak bila aku terjaga dari tidur aku sebut nama kau?
Kau dapat rasa tak bila aku menangis, aku panggil kau?
Betapa rindu nya aku pada kau.

Sekejap saja.
Takkan kau boleh berubah macam tu saja.
Hanya kerana kesilapan yang memang aku selalu buat.
Hampir 3 tahun kau dan aku.
Takkan kau masih tak faham aku?
Gurau aku?
Serius aku?
Mungkin kali ini kau memang betul serius mahu tinggalkan aku.
Kan sayang?

Aku rindu.
Aku sayang.
Tetap masih sama.
Apa mungkin kau masih ada untuk aku?
Tolong kembali pada saya Mr SPT!
:(


Sunday, October 9, 2011

Rasa Hati

Aku tak tahu.
Betul atau salah.
Benda salah, aku tetap buat.
Benda betul, liat aku nak buat.

Hati. Aku tak tahu apa yang dia mahu.
Perasaan. Aku tak tahu apa yang diperlukan.

Perhatian.
Cuma itu yang aku perlukan.

Sayang.
Hanya itu yang aku harapkan.

Cinta.
Hanya itu yang aku mahukan.

Tolong.
Perhatikan aku.
Sayangi aku.
Cintai aku.
Seperti aku begitu sama kamu.

Heyy. Aku da cakap aku nak break off dengan Mr SPT
;-(










Friday, October 7, 2011

3 Benda

Dari mana aku harus mulakan?
Apakah dimulakan tentang Mr SPT?
Atau mungkin dimula tentang  Mr Prince yang selalu sentiasa disisi?
Atau aku mulakan sahaja dengan Mr F yang semakin rapat dengan aku?

Heyy.. Apakah hidup aku akan kembali macam dulu?
Cinta pada si Mr SPT.
Sayang pada Mr Prince.
Atau Suka pada Mr. F yang tak mungkin jadi milik aku?

Apakah? Kenapa?
Kenapa aku perlu jebakkan diri dalam kancah seperti ini?
Cukup lah dulu.

Tapi... HATI dan PERASAAN tak boleh dipaksa.
Perasaan datang tanpa diminta.
Perasaan datang tanpa disuruh.
Tolong tunjukkan aku.

Aku CINTA Mr SPT.
Aku SAYANG Mr Prince.
Aku SUKA Mr F.

Sila la buat hidup complicated.
HAHHAHHAHA







Wednesday, September 21, 2011

Skandal

Ini cerita tentang rakan sekerja. Apa ke bangang nya kau sekarang nie! Tempat kerja pun kau boleh nak ada relation gelap?? Suami orang pulak tu! Apa kena kau nie??

Mungkin sebab aku sunyi.

Sunyi.

Sunyi.

Sunyi.

Sebab, Mr. SPT  sudah makin berubah. ;-(







Friday, July 15, 2011

Menangis

Kenapa awak buat saya menangis lagi?
Kat office pulak tu. Masa saya sedang bekerja.
Kenapa awak? Sakit Ya ALLAH.
Hati sedang sakit.

Saya sedang cuba tahan diri saya.
Saya cuba elak dari air mata saya jatuh.
Saya cuba elak dari orang tengok saya sedih.
Saya cuba sembunyi sedih saya sekarang.

Awak. Kenapa?
Hati saya sakit.
Nafas saya tersangkut.
YA ALLAH.

:(



Hujan

Hei. Pagi ni hujan laa.
Lebat sangat. Selamat tak basah pagi ni.

Hei. Aku rasa hujan ni tahu hati aku sedang menangis.
Pagi tadi aku bangun aku menangis.
Menangis rindu kamu.
Mungkin sebab itu hujan turun?
Sebab hati aku sedang menangis.

Hei. Dah 3 hari kita tak bercakap.
Kamu rindu aku tak?
Semalam aku dapat MMS.
Kamu kirimkan gambar kita berdua.
"Saya rindu awak"
Mengalir air mata aku bila kamu bermesej begitu.

Tapi apa kan daya?
Aku tak mampu nak menyusun kata.
Mungkin aku masih marah.
Tapi aku tak mampu menidakkan.
Yang sebenarnya, aku juga rindu kamu.

Kamu jaga diri.
Saya sayang kamu Ms. SPT!
:-(

me, Ms RR




Wednesday, June 29, 2011

HAPPY BIRTHDAY


Selamat hari jadi
Dari jauh aku ucapkan
Tapi kenapa kau buang aku?
Oh. aku terlupa
Kau sudah jadi milik orang

Baru aku sedar
Kau sudah ada 3 insan penting
Tapi kenapa dia yang kacau aku?
Tak mungkin aku untuk kamu lagi
Kan?

Aku doakan kamu saja
Kamu pasti bahagia
Bicara sama pasangan kamu
Aku hanya kenangan kamu
Kan?

Apa nasib aku?
Dikaitkan orang seperti kamu
Seperti juga dulu

Kamu bahagia kan?
Alhamdulillah....




Tuesday, June 14, 2011

Kembalinya Aku


Setelah untuk berapa lama.
Aku kembali mencoret apa yang aku rasa.
Menaip segala isi dalam hati.
Mencurah segala sakit dan perih.
Apa maksud aku kembali??

Aku menaip pabila jari jemari aku ingin menari.
Aku mencoret di saat banyak yang ingin di luah.
Aku mencurah pabila hati terasa sesak penuh di dada.

Banyak yang berlaku sepanjang 2009 dan 2010.
Tapi niat untuk bercerita mati di situ.
Hati aku sudah begitu sakit rasanya.
Bila perasaan terpendam begitu lama.
Tolong aku???

Aku kembali lagi.
Insyaallah.
Pasti akan ada lagi

assalamualaikum





Friday, February 25, 2011

Terkenang Kamu

Tiba-tiba senyum kamu kelihatan.
Lesung pipit di pipi.
YA ALLAH. Aku rindu senyuman kamu.
Sumpah aku rindu.

Kenapa kamu muncul tiba-tiba dalam kotak fikiran aku?
Tiba-tiba aku berfikir.
Apakah kamu sihat?
Apakah kamu bahagia sekarang?
Apakah kamu rindu pada anak yang tidak bersama kamu?
Apakah bekas isteri kamu bagi kebenaran jumpa anak kalian?

Kamu masih seperti dulu ke?
Yang selalu batuk?
Yang selalu sakit?

****....... Chain rindu ****.
Dulu aku selalu dengar ungkapan itu.
Sekarang? Kamu di mana?
Aku rindu ungkapan itu.

Aku rindu senyum kamu.
Walaupun kamu pernah sakiti aku.
Ya. Memang kamu banyak sakiti aku.
Tapi aku sayang kamu.
Walaupun ketika ini...
Mungkin kau sudah ada yang baru
Begitu juga aku.

Tipulah kalau tak rindu.
Tipulah kalau aku kata sayang itu dah hilang.
Tapi itu jenyataan yang aku perlu terima.
Kenyataan kau dengan yang lain.
Begitu juga aku. Dengan yang lain.

Percaya tak kamu?
DUlu hati aku selalu kuat mengatakan kamu jodoh aku?
Kamu lelaki yang akan sehidup semati dengan aku?
Hahahhahaa.
Kelakar bukan??

Aku rindu kamu.
Betul. Aku tak tipu.
;-(