Thursday, October 20, 2011

Putus

Kata putus sudah aku ungkapkan.
Ya. Salah aku. Kerana tergopoh gapah membuat keputusan.
Kerana cemburu yang meluap-luap.
Tapi apakah salah aku jugak bila kau menipu?

Hari ini, genap 2 minggu.
Tanpa dengar suara di pagi hari.
Tanpa melihat senyum yang terukir.
Tanpa gelak tawanya.
Tanpa gurau sendanya.

Aku rindu.
I love u sayang.
I love u so much.
I miss u.
Selama 2 minggu aku tidak mendengar ungkapan itu.
Sumpah. Aku rindu kau.

Kau dapat rasa tak?
Kau dapat rasa tak sebelum aku tidur aku panggil nama kau?
Kau dapat rasa tak bila aku terjaga dari tidur aku sebut nama kau?
Kau dapat rasa tak bila aku menangis, aku panggil kau?
Betapa rindu nya aku pada kau.

Sekejap saja.
Takkan kau boleh berubah macam tu saja.
Hanya kerana kesilapan yang memang aku selalu buat.
Hampir 3 tahun kau dan aku.
Takkan kau masih tak faham aku?
Gurau aku?
Serius aku?
Mungkin kali ini kau memang betul serius mahu tinggalkan aku.
Kan sayang?

Aku rindu.
Aku sayang.
Tetap masih sama.
Apa mungkin kau masih ada untuk aku?
Tolong kembali pada saya Mr SPT!
:(


No comments:

Post a Comment