Hati bagai luluh.
Rasa nak pecah.
Bagai di cucuk dengan pisau.
Biarkan aku mati saja.
Mungkin kau akan puas.
"Dia sayang awak. Cuma bagi dia masa nak lupa masa-masa lepas"
Kalau sememangnya kau tak mahu aku.
Teruskan. Tapi aku perlu pengakuan dari diri kau.
Tak perlu kau kata kau masih sayang.
Sedangkan di hati kau sebenarnya tidak.
Sampai bila kau nak seksa aku?
Sampai bila kau nak hukum aku?
Dengan mendiamkan diri yang sangat menyakitkan aku.
Sayang. Aku takut.
Jika banyak masa yang kau ambil untuk tenangkan diri.
Aku takut saat kau sudah kembali sedia kala.
Hati aku.
Rasa aku.
Sayang aku.
Sudah berkurangan.
Jangan biarkan itu berlaku sayang.
Bagai hati yang pecah seperti kaca.
Bagai luka yang ditaburi garam.
Bisanya yang sangat mencengkam.
Kenapa sayang?
Kenapa begitu hebat kau menghukum aku??
Cukuplah sayang.
Hati dan perasaan aku sudah tak tertanggung lagi.
Kali ini memang terlalu hebat kau buat aku Mr SPT!
No comments:
Post a Comment