Tiada lagi kata-kata I LOVE U.
Tiada lagi ucapan RINDU.
Tiada lagi senyuman diberikan.
Tiada lagi gurau senda yang dulu.
Tiada lagi gurau senda yang dulu.
Dan yang pasti tiada lagi susah dan senang bersama.
Egonya kau diam membisu.
Keras nya hati kau tak pedulikan aku.
Tegar nya rasa kau tak berikan apa-apa jawapan pada aku.
Kerana takut dek di bahan kawan-kawan.
Kerana takut di jadikan bahan lawak..
Kau sanggup diamkan diri.
Kau sanggup buat aku begini.
Membisu.
Sungguh aku tak sangka.
Kali ini memang benar-benar terjadi.
Sekelip mata kau hilang dari mataku.
Tidakkah ada sedikit pun kenangan kita yang singgah difikiran??
Menutupi segala kata-kata yang bakal dijadikan bahan oleh kawan-kawan kau?
Aku harus terima kenyataan itu.
Yang kau bukan lagi milik aku.
Cuma..... Aku mengharapkan ianya berakhir dengan baik.
Bukan seperti ini.
Ya ALLAH.
Sungguh aku sangat sayang pada nya.
Apakah aku tidak lagi di hatinya?
Apakah aku terus hilang dari pandangan matanya?
Memang aku yang bersalah.
Tapi terlalu besarkah salah aku sampai begini akhirnya?
Kala ini, kalaulah kau membaca apa yang ada di hati aku.
Pasti kau tidak percaya.
Aku rindu.
Pada senyuman kau.
Pada ketawa kau.
Pada gurauan kau.
Pada suara kau.
Pada wajah kau.
Pada sifat manja kau.
Pada pegangan tangan kau.
Pada pelukan kau.
Pada ciuman yang singgah di pipi.
Sumpah aku rindu.
Kalau benar memang bukan jodoh.
Aku terima.
Aku harus terima.
Aku masih lagi meletakkan harapan.
:(
No comments:
Post a Comment